Saturday, March 21, 2009

Budget Tengahhari [fastfood]

Bajet kita untuk tghhari dah tiba...bagi fastfood budget je...........yg ni je la.........ok whut!......simple.....tapi not valid for delivery.......x yah pning kepla........x yah pikir pasal yahudi ke ape ke.......windows yang korang gune tu pn Yahudi punye.......pakai la linux kalu nk boikot!!!!.......................renung² kn............

[Halal, Haram siapa yang tentukan, lu pk la sendiri]

Friday, March 20, 2009

HDR effect (Lu org PK la sendiri)




Selain Bain aku pun bleh buat HDR la..beb...senang je.....yang ni baru skit je....

[It's Simple as Talking]

Tuesday, March 17, 2009

Teknik Byheart



Ini merupakan salah satu teknik yang sentiase aku gunekan......iaitu Byheart.....aku x pakai teknik HDR mcm bain tu...dah la trial...hahaha.......teknik Byheart ni aku sorang je ade.......aku amik gmbr dengan sepenuh hati....tu yg dpt nih....

[ByHEart]

Sunday, March 15, 2009

Nasi Goreng RM 1+ Kuih RM 1



Murah je beb, bajet beb, gua malas ckp byk....Baru RM 2.......kalo nk... order cepat....tp order ni utk bdk opis aku je......k len kali aku masuk bajet mkn tghhari lak...:)

Friday, March 13, 2009

Ikan Kerisi Goreng Mc Ady®



Resepinye....

1. Beli ikan kerisi 2-3 ekor
2. Tumbukkan bawang merah sehingga halus.
3. Gaulkan bawang tadi bersame² kunyit, garam dan serbuk cili.
4. Apa lagi....gaul kan dengan ikan tadi sehingga warnenye menawan.
5. Jangan lupe belah ikan dan sumbat sedikit ramuan tadi..(mcm ikan sumbat da)
6. Goreng seenak-enaknye.......

[Selamat Mencuba]

Thursday, March 12, 2009

Tau ke nk Pilih Ikan?



Tak sume org tau pilih ikan, anak² zaman sekarang ni...ikan pun tak kenal.....yang anak dara lak tu......so arini aku nak ajar anak² dara tuk pilih ikan....

1.Pilih ikan yang matenye biru.....warna gelap tu nk busuk / da busuk...
2.Tengok insang ok ke tak...busuk ke x...
3.Tekan perut ikan tu....kalo lembik sgt...x elok la tu....pilih la yg keras skit....
4.Pastu beli la....x kn itu pn nak ajar lak...

[Hidup Biar Berguna]

Tuesday, March 10, 2009

Surau kat Pavillion



Assalamualaikum,

Barangsiapa yang ingin menunaikan solat di PAvillion, di sini lah lokasinye (seperti dalam gambar) Haha....nasib baik aku jumpe aritu...kalo x....sesungguhnye solat itu adalah wajib bagi mereka yang diwajibkan bersolat.

Marilah kita sama-sama mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah SWT diatas segala nikmat yang telah dikurniakannya kepada kita, semoga dengan kurniaan tersebut akan menambahkan lagi ketakwaan dan ketaatan kita kepadanya, disamping mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang menjadi larangannya.

[Solat itu tiang agama]

Monday, March 9, 2009

Puding Karamel Mc Ady®



Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

* 400cc(400ml) susu segar/susu cair
* 5 sudu besar gula halus
* 3 biji telur- pada suhu bilik
* 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
* 2-3 titik esen vanila
* [ KARaMEL ]
* 5 sudu besar gula
* 2 sudu besar air

Cara-cara

1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air.
Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.

3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.

4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit

6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.

8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

[Sweet Time]

Saturday, March 7, 2009

Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.
Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu - Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsangotak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan. Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepada-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.

[Renung² kan]

Thursday, March 5, 2009

Nasi Goreng RM 1

Mmmm.....ni lah sarapan yang paling best........sedapnye nasi goreng ni.......ade telo, ade ikan bilis, ade kacang, ade sambal.......pastu nasi goreng ni ade telo gak.......perghhhh.........best giler....murah pun murah.........banyak pun banyak..........tapi ade jual kt umah aku je.....kalu sesape nak order bleh la aku belikn.......haha....:)

[Kafe tkt 1 LTAT x sedap, mahal lak tu]